Thursday 5 May 2011

PENGENALAN PSSGMM


PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA

PSSGMM telah diasaskan oleh Datuk Dr. Azam b. Zulkifli selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMMBeliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu En. Mohd Nizam B. Zainal serta Ahli Jawatankuasa Pusat serta Persatuan Negeri.PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176

PSSGMM adalah salah satu di antara silat Melayu Tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan dan mengamalkan kaedah pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua. Seni silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan dan bela diri dari Sumatera, Pahang, Melaka (Melayu Palembang) dan Jawa Tengah.

No comments:

Post a Comment